Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Ibu, Nurin, nani, khala Izat ( kakak babah ) and Tasya,
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Ibu Nurin nani khala



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 2-Oct-2009 12:00
ALKISAH AIDILFITRI 2009
Tahun ni giliran kami beraya di Sg. Petani. Petang jumaat, 18hb Sept haritu kami dah berangkat pulang ke kampung. Hari tu ibu ambil cuti, tapi babah terpaksa bekerja sebab dia ada urgent meeting. Malam selepas berbuka puasa barulah kami bergerak. Kat highway kereta sangat2lah banyaknya. Tapi nasib baik tak jem sangat. Cuma tak boleh bawa lajulah, terkedek-kedek jer. Tu yang babah asik mengadu mengantuk tu :-( ... Kalu selama ni perjalanan cuma ambil masa 4jam sahaja, tapi malam tu kami sampai umah nani selepas 6jam berada di jalan raya. Sian babah, ibu cubalah jugak tahan2 mata ni untuk temankan babah. Tapi kadang-kadang tu terlelap... :-D

Ntahlah, ibu tak rasa ada mood sangat kali ni. Nape ek? Raya biasa2 saja. Cuma tahun ni kami sekeluarga berkumpul di rumah baru Khala Sara ( kakak babah yang no-2 ). Rumah tu besar sikit so selesalah bila semua adik-beradik dan anak-anak menakan babah berkumpul. Memang riuh-rendah. Nurin pun kejap2 hilang. Bila dah jumpa dengan kakak2 dan abang2 sepupu dia tu, memanglah dah tak ingat kat ibu dan babah dia ni. Maklumlah ramai yang tukang melayan. Seronok jugak bila tengok Nurin menyanyi2 sambil main bunga api.

" Selamat Hali Laya !.." Selamat Hali Laya.." Tu jer yang dia ulang sampai berpuluh2 kali.

Raya pertama kami beraya di kampung babah, selepas menziarahi kubur Dada ( ayah babah ). Raya kedua pulak kami duduk di rumah saja sebab sibuk melayan saudara-mara babah yang datang bertandang. Raya ketiga i bu dan Nurin ikut babah ke 'open house' rumah member Irsyad dia. Ramai jugaklah yang berkumpul.Yang bestnya Nurinlah. Banyak dapat duit raya tue.... :-D . Raya keempat kami beraya di Kulim Heitech pulak. Rumah kawan-kawan babah lagi...Dapat duit lagi heheheheee....

Raya kelima kami semua berkonvoi ke Penang. Plan nak beraya di rumah adik-beradik Nani aka makcik-makcik babah lah... Sampai ke malam jugaklah kami berjalan. Penat tu jangan ceritalah. Tapi ibu happy, yelah bukan selalu dapat berkumpul dan berkonvoi ramai-ramai macam ni kan... Nak-nak lagi bila dapat makan yang sedap-sedap, memang best! :->. Kami bertolak balik ke KL pagi Jumaat. Lepas breakfast dah bertolak sebab nak elakkan jem di tengah jalan. Tapi rupa2 nya kereta tak banyak pun.. Sebelum tengahari kami dah selamat sampai KL.

Itulah serba ringkas cerita hari raya kami sekeluarga. Gambar pun tak banyak ambil. Takdak mood jugak, lagipun babah bawa kamera, tapi tak bawa charger :-S.



p/s : Sempat sambut hari jadi babah dan Khala Sara yang jatuh pada bulan September. Thanx to anak-anak menakan babah yang sudi sponsor ;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.