Kali ni kami sambut besday Nurin di rumah wan. Rai bersama keluarga sahaja...Maklumlah, kan bulan puasa. Selepas solat terawikh, barulah sessi potong kek dan sessi makan2 dimulakan. Happy sangatlah si Nurin tu, senyum2 sambil ikut orang nyanyi lagu besday untuk dia.Cousins Nurin pun bersemangat semuanya bila menyanyi...terjerit-jerit penuh perasaan! :->
Lepas makan, ada sessi main bunga api pulak. Ucu yang belikan bunga api untuk semua anak buah dia.. Ucu sekarang bekerja di Bahau, sanggup balik malam tu jugak sebab nak sama2 sambut harijadi Nurin. Malam tu budak2 lah yang paling happy sekali. Dapat makan kek, dapat jajan and dapat main bunga api. Nurin pun tak ingat dunia dah bila dapat berkumpul dengan sepupu2 dia..