Kali ni besday nurin di sambut dua kali. Satu tu dia sambut dekat nursery dengan kengkawan. Satu lagi ibu buat makan2 dengan family dekat umah wan selepas solat terawikh. Ingat lagi, bukan main happy nurin masa ibu bgtau yang tak lama lagi harijadi dia. Masa kami beli barang2 persiapan besday tu pun bukan main seronok dia. Ter-over rajin pulak tu masa tolong ibu masukkan makanan dan mainan dalam goody bag. " Ni nak bagi kekawan eh ibu?.."
Sepanjang hari tu ibu tengok nurin tersengih jer.. Dari pagi masa babah kejut and wish happy besday dekat dia ( walaupun muka mamai baru bangun tido ) sampailah ke malam. Ibu puas hati sangat bila tengok anak ibu yang sorang ni gembira sepanjang hari.
Semoga panjang umur dan semoga berjaya dalam hidup anakku!!
I love u so much. mmmuaahhhh!! :flowers: