Perghh!.. bukan setakat dah berghabuk fp ibu ni.. dah bersawang-sawang nampaknyer. Segala jenis sarang dah bertempek kat sini hehhehe :-D ... Hari ni baru den teraso nak update. Bukan apa, alasannya cuma malas+tak sempat+takdak mood :-S.
So, kita nak mulakan dari mana yer?...Ermmm... haa... untuk makluman, kami sekeluarga dah selamat pulang ke tanah air beberapa bulan yang lalu. Maka sempatlah kami berpuasa dan berhari raya bersama keluarga tercinta baru-baru ni.. Yer...masa nak tinggalkan rumah ( kat australia tue ), memang ada rasa sedih skit. Maklumlah, dah lama duduk sana kan..dah rasa macam rumah sendirik... Nak tinggalkan kawan-kawan pun, sedih gak.. Masa time to say good bye tu, pink2 jugaklah mata ibu ni menahan sebak. Tapi ibu tahan jugak sebab tak mau uncle bawak teksi tu gelakkan ibu.. Dia cuma senyum2 jer... Ibu pulak buat-buat muka macho. Sayu memang sayu.. Tapi bila teringatkan kata pepatah " hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.." :cry: ( Eh..betul ker peribahasa nie?? )
Sebenarnya ada banyak jugak cerita yang terlepas, tapi tak per..ibu akan cuba ceritakan satu-persatu.. Sekarang ni kita layan dulu cerita dan gambar-gambar terakhir kami di bumi Australia. Ni semua gambar kat airport and gambar di dalam flight. Nampak macam tak banyak beg kitorang kan... Haa... tu tak termasuk kotak-kotak yang dah selamat kitorang pos kan seminggu awal. Tapi dalam tak banyak beg kitorang tu pun, terlebih jugaklah kadar had yang dibenarkan. Nasib baik orang yang kat kaunter check-in tu handsome dan baik hati. Suka betul dia dekat Nurin, siap keluar dari kaunter semata-mata nak salam dengan 'makcik' tu.. She's so gorgeous! katanya... Dia cuma lekatkan tag 'Heavy' jer kat beg-beg kitorang.. Babah tak kisah kalu nak kena bayar, cuma cuak jer kalu-kalu dia minta kuarkan barang..giler beb, mana nak campak barang-barang tu nanti!! :omg_wtf:
Anak saya ni memang suka naik flight, so memang takdak masalah lah.. Dia boleh dok diam bila layan cartoon, bila penat.. tido, makanan datang..makan, boring2..ajak babah nyanyi and main kad... Tu jerlah kejenyer sepanjang perjalanan kami... Sampai di KLIA mami sekeluarga, mama sekeluarga,dan wan dah sedia menunggu ketibaan kami..