Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 14-Mar-2009 00:25
Mama's family vacation - Day 8 ( Blue Mountains National Park )
Selepas subuh ( waktu ni dah terang benderang dah..) kami terus bersiap-siap untuk memulakan aktiviti untuk hari tu. Bersarapan pun dengan apa yang ada jer. Roti yang dibeli petang semalam bersama air teh yang dibuat sendiri... :-D

Destinasi kami yang pertama ialah Scenic World. Dekat sini ada kemudahan yang disediakan untuk pelancong menikmati keindahan semulajadi Blue Mountains dengan lebih dekat lagi. Ada 4 pilihan :

i) Railway - keretapi yang meluncur laju menuruni gaung dan belukar
ii) Cableway - kereta cable yang bergerak dari bawah gunung ke atas
iii) Skyway - lebih besar dari kereta kabel, tapi bergerak dari satu gunung ke satu gunung
iv) Walkway - laluan jalan kaki yang disediakan untuk pelancong yang gemarkan jungle tracking

Sampai saja di Scenic World, terasa suhu sangat-sangatlah sejuknya. Maklumlah, kan semalam hujan lebat.. Kabus pun tebal giler! Bila berada di atas ( masa menaiki Skyway), ibu terasa pening-pening lalat skit. Maybe sebab kami berada di tempat yang tinggi dengan suhu yang sejuk pulak tu. Sesekali kami menggigil kesejukan. Mama pun mengadu pening kepala. Tulah, mama terlupa nak bawa jaket. Kesian dia, babah nurin pun sama :-S . Kami merasai sendiri pengalaman menaiki ke empat-empat benda tu. Dengan Skyway, kita dapat lihat pemandangan dari atas. Nampak air terjun, Three Sisters..tapi cuak jugak sebab lantai Skyway tue dibuat dari kaca tau, gerun jer bila tengok bawah!!
Memang best semuanya, dan yang paling best mestilah Scenic Railway! Memang adventure bila keretapi tu meluncur laju menuruni belukar dan gaung. Terasa macam cerita Indiana Jones plak hheheehee.. LOL :P . Cableway pun ok, kita bergerak di atas pokok-pokok dan tebing batu seakan mendaki gunung. Tapi yang paling leceh, bila time Walkway. Yelah, semua budak dah kepenatan.. Semua tak mau jalan dah, nak dukung plak... :-(





Dah puas berjalan dan ambil gambar di Scenic World, kami bergerak pulak ke Zig Zag Railway. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke sana. Budak-budak ni bukan main excited bila tengok ada gambar Thomas and his friends dekat pintu masuk Zig Zag Railway tue. Lagipun diorang tu semuanya tak pernah merasa naik keretapi, kecuali komuter and LRT jer. Itu pun boleh dikira berapa kali. Masa kami sampai, keretapi dah membunyikan hon dan mengeluarkan asap. Cepat-cepat ayah berlari membeli tiket dan nasib baik kami sempat naik. Kalu tak, terpaksa tunggu trip seterusnya.. kenalah tunggu satu jam lagi.. Mengembara dengan steam train ni mengambil masa lebih kurang 2 jam jugaklah.. Best bila dapat melihat pemandangan di kaki bukit, kerana train ni bergerak naik dan turun mengelilingi bukit. Ada tiga tempat persinggahan, dan setiap tempat persinggahan tu disediakan kedai menjual makanan ringan dan tempat istirehat. Setiap kali berhenti, train akan menambah arang untuk perjalanan seterusnya. Seronok dan riuh rendah bila setiap kali train membunyikan hon dan melepaskan asap ke udara. Semua penumpang akan bersorak dan bertepuk tangan, happening jer... :-D LOL



Ibu rasa hari tu memang meninggalkan pengalaman yang manis buat kami semua, especially budak-budak ni. Selesai semuanya, kami bergerak pulang sebab mama sekeluarga perlukan istirehat yang secukupnya. Esok mereka akan melalui perjalanan kapal terbang yang panjang... untuk pulang ke tanahair :-)


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.